Kemudahan penginapan yang disediakan adalah amat baik, surau yang amat indah, bilik mandi dan tandas yang bersih dan cantik, makanan juga enak-enak belaka, pemandangan yang indah dan suasana lereng bukit, sungai dan air terjun yang aman, dingin dan menyegarkan. Ramai anggota yang mula-mula hadir terpegun dengan keindahan tempat ini.
Perasmian tamrin telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin pada hari jumaat.
Kawasan Puchong hanya diwakili 8 orang anggota walaupun setiap kawasan dikehendaki menghantar 12 orang. Pihak Jabatan Amal Puchong amat bersimpati dengan Timbalan Komander 1, Fadhil Aziz, yang terpaksa menarik diri di saat akhir kerana terpaksa ke hospital kerana anak beliau ada ketumbuhan di belakang kepala. Harap Dewan Pemuda PAS Puchong akan dapat menziarah beliau di hospital pakar an-nur.
Jabatan Amal adalah satu Jabatan sukarelawan yang menjadi badan penting di dalam memasyarakatkan PAS. Ia juga dikenali dengan jolokan "tentera merah" di atas khidmat-khidmat sukarelawan yang diberikan oleh anggota-anggotanya yang penuh ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran di atas gerakerja yang diberikan seiring dengan slogannya 'Beramal Kerana ALLAH".
Menjelang sedekat usianya pada tanggal 16 Februari 2009, Jabatan Amal Selangor mengorak langkah untuk mengadakan tamrinnya bagi membuat check and balance untuk memantapkan lagi anggota-anggotanya.
Ceramah & Amanat oleh Ust. Salehuddin Mohd Nasir (YDP PAS Gombak)
bertajuk Amanat & Pesanan Buat Amal.
bertajuk Amanat & Pesanan Buat Amal.
Kertas Kerja bertajuk Pengenalan, Halatuju & Cabaran disampaikan oleh Tuan Johari Osman (Pengarah Jabatan Amal Malaysia)
Hj. Hussin Ismail (Presiden Yayasan Amal Malaysia) jaga membentangkan kertas kerja bertajuk Memantapkan Halatuju dan Memasyarakatkan Amal.