Sayang...
Ku kutip serpihan kehidupan
Dari panahan batu-batu ababil
Yang melumat seorang Abrahah
Yang memamah tentera bergajah
Yang menghancurkan bumi bertuah
Yang bernama Kota Makkah
Di sini...
Di balik serpihan ini
Ku temui sekeping cinta
Cinta yang tulus
Cinta yang mulus
Cinta yang kuddus
Cinta yang mekar
Melakar
Meresap ke seluruh akar
Menjalar disetiap kaki2 ummah
Mengorak langkah semangat membugar
Kini...
Ku mengerti
Lahir segumpal cinta hakiki
Tak mungkin pudar
Walau sebilah belati
Mahupun pedati
Bagaikan anak si Robah
Mahupun isteri si Yasir...
Ababil...
Abrahah...
Tentera bergajah...
Syukur dari ku
Terima kasih dari ku...
Kerana dari panahanmu lahirnya
Cinta yang melata
Di seluruh maya.
Sekian dan wassalam.
Nukilan....
para_jump101
Ketua Tugas Khas
Jabatan Amal Negeri Selangor
Ku kutip serpihan kehidupan
Dari panahan batu-batu ababil
Yang melumat seorang Abrahah
Yang memamah tentera bergajah
Yang menghancurkan bumi bertuah
Yang bernama Kota Makkah
Di sini...
Di balik serpihan ini
Ku temui sekeping cinta
Cinta yang tulus
Cinta yang mulus
Cinta yang kuddus
Cinta yang mekar
Melakar
Meresap ke seluruh akar
Menjalar disetiap kaki2 ummah
Mengorak langkah semangat membugar
Kini...
Ku mengerti
Lahir segumpal cinta hakiki
Tak mungkin pudar
Walau sebilah belati
Mahupun pedati
Bagaikan anak si Robah
Mahupun isteri si Yasir...
Ababil...
Abrahah...
Tentera bergajah...
Syukur dari ku
Terima kasih dari ku...
Kerana dari panahanmu lahirnya
Cinta yang melata
Di seluruh maya.
Sekian dan wassalam.
Nukilan....
para_jump101
Ketua Tugas Khas
Jabatan Amal Negeri Selangor