23.12.09

Jabatan Amal Puchong - Bergerak Melangkah


Pada sessi 2009/2011, Jabatan Amal Puchong merupakan salah satu daripada entiti yang diberi perhatian khusus oleh kepimpinan Pemuda Kawasan Puchong. Jabatan Amal diletakkan khusus dibawah pemantaun Ketua Pemuda , Sdr Rosharizan (Yeop) menunjukkan keseriusan tentang peri pentingnya Unit Amal dalam gerak kerja pemuda kawasan.

Alhamdulillah, pada sessi ini, Jabatan Amal diketuai oleh Sdr Mohd Nazree. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dikenalpasti untuk direncanakan. Secara asasnya, Jabatan Amal Puchong telah pun memulakan sessi latihan untuk membentuk unit yang dedikasi khusus kepada gerak kerja Jabatan Amal.

Dalam pada itu juga, Jabatan Amal Puchong juga telah dikerahkan untuk menjalankan tugas-tugas keselamatan (Jabatan Amal dan UKEP) di sepanjang perjalanan Muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar dan Muktamar Agong PAS Pusat di Stadium Melawati Shah Alam, bersama-sama dengan Jabatan Amal Kawasan yang lain.

Untuk sessi latihan kawad dan perbarisan , latihan pertama telah diadakan pada hari Ahad, 25/05/2009 bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Kg. Seri Aman, Puchong. Latihan dijalankan daripada jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Alhamdulillah, penyertaan pertama adalah seramai 16 orang.

Manakala, latihan kedua pula telah diadakan pada hari Sabtu, 13/05/2009 pada masa dan tempat yang sama. Penyertaan pada kali ini pula adalah seramai 9 orang.

Latihan kawad Jabatan Amal Puchong ini telah di beri tunjuk ajar oleh PW1(B) Ismail Sharkawi.

Berikut adalah sedikit lakaran perjalanan sessi latihan yang telah dijalankan.










Related Posts with Thumbnails

Lagu Jabatan Amal

Template Design by SkinCorner