1.9.10

Malam Kemardekaan: Edaran Risalah Jabatan Amal dan Pemuda PAS Puchong.

Bergambar kenangan selepas mengedarkan risalah ( Jab. Amal dan Pemuda PAS Pchg.)

Bergerak di sekitar kawasan i-city Shah Alam


Ketua pemuda menasihati pasangan yg berkunjung di i-city.






Remaja bermotor yang mencari kebebasan






Shah Alam : Remaja dan kebebasan telah menjadi satu kebiasaan hari ini. Suasana tersebut dapat dilihat jelas pada malam sambutan kemardekaan. Sehubungan dengan itu, pada 30hb malam baru-baru ini iaitu malam sambutan ambang kemardekaan, Dewan Pemuda PAS kawasan Puchong bersama-sama Jabatan Amal Pchg telah mendekati golongan ini. Selain dari edaran risalah yang disampaikan, DPP Puchong juga mendekati remaja untuk bertanyakan khabar dan menasihati pasangan tersebut.

2.8.10

MUQAYYAM JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR









SEPANG : Jabatan Amal Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Muqayyam selama dua hari bermula dari malam 30 Jul hingga 1 Ogos 2010 bertempat di perkampungan Orang Asli di Bagan Lalang. Seramai 63 peserta termasuk beberapa pelajar turut terlibat dalam perkhemahan kali ini. Laluan ke tempat perkhemahan ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja jika melalui jalan darat atau melalui bot jika melalui perairan. Perasmian Muqayam ini telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah.

Aktiviti bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dan diikuti dengan latihan asas kawad.
Pelbagai aktiviti riadah turut diadakan seperti flying fox, larian meredah hutan, menyusuri pantai dan latihan kecemasan ketika berada di perairan. Peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang apakah bentuk tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di laut atau perairian samada dalam situasi bersendirian atau berkumpulan.

Sesuai dengan slogan dan asas Jabatan Amal, program ini juga turut melibatkan program memberi bantuan barangan keperluan kepada masyarakat Orang-orang Asal. Jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Sepang turut berganding bahu dalam program ini dimana seramai 20 keluarga masyarakat Kaum Asal telah menerima manfaat dari program ini. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Turut hadir, Dr. Sufian, Sdr Johari, Pengarah Jabatan Amal Pusat dan Sdr Mohd Zad, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Pusat,

Lagi gambar2 Muqayyam dalam facebook Jabatan Amal Selangor di sini

26.7.10

Tapak Mukhayyam Jabatan Amal Selangor 2010










Jabatan Amal Negeri Selangor akan menganjurkan mukhaiyam seperti berikut :

Tarikh : Jumaat (30-7-2010) hingga Ahad (1-8-2010)
Tempat : Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor Darul Ehsan
Penyertaan : Anggota Jabatan Amal Malaysia

Semua anggota diminta melapor diri di Pantai Bagan Lalang bermula selepas isya', Jumaat , 30-7-2010. Kenderaan semua hendaklah ditinggalkan ditempat meletak kereta yang disediakan. Anggota akan dibawa menaiki bot ke tapak perkhemahan. Hanya kenderaan 4WD sahaja yang boleh memasuki ke tapak perkhemahan kerana laluan melalui belukar dan semak samun.

Pastikan anda membawa peralatan lengkap. Mesyuarat persediaan mukhaiyam akan di adakan pada hari Rabu, 28-7-2010, jam 9.45 malam di Pejabat Dewan Pemuda PAS Puchong. Sila hadir.

Terima kasih.

JABATAN AMAL MALAYSIA

17.7.10

Muqayam Jabatan Amal Selangor



Salam, Jabatan Amal Malaysia, Negeri Selangor akan mengadakan Muqayam Amal Selangor pada 30,31,Juai dan 1 Ogos ini, bertempat di pantai Bagan Lalang, Sg Pelek Sepang. Di minta kawasan2 bersiap sedia untuk program ini yg mana pesertanya minima 6 org satu kaw. Program ini adalah bertujuan dapat mengeratkan ukwah sesama ahli dan memantapkan misi dan visi jabatan amal supaya lebih bersiap sedia.

Program ini akan dirasmikan oleh Ust Hasbullah Riduan Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor.
Pengisiannya akan disampaikan oleh Ust Nasruddin Tantawi KPP DPPP, Mohd Sabu AJK Pas Pusat, Dr Sufian, Ust Zulkefli dan Pengarah Amal Malaysia Sdr Johari Osman. Antara aktiviti yang menarik adalah larian merentasi lautan, forum@dailog amal, tarik tali, night waak, acara
menyelamat, BBQ, gotong royong dll. Di jemput semua ahli amal dan pemuda hadir menyertai prg ini. Sekiah harap maklum.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan SU Jabatan Amal Selangor atau Komander Kawasan masing-masing. Bagi Jabatan Amal Puchong bolehlah berhubung dengan Komanden Sdr. Nazree 017-3333441 dan Ismail Syarkawi (Tim. Pengarah 4 Jab. Amal Selangor) 019-3378895
Related Posts with Thumbnails

Lagu Jabatan Amal

Template Design by SkinCorner